Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai

Kerja pembinaan Masjid Damansara Damai dimulakan pada 1 November 2001. Sijil Perakuan Siap Kerja dari Juru Perunding Arkitek dikeluarkan pada 7 April 2003.Sijil Kelayakan Menduduki ( CF ) daripada MBPJ diperolehi pada 30 Ogos 2003. Surat pengesahan perlantikan AJK sementara dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor pada 23 Oktober 2003. Solat Jumaat yang pertama diadakan di masjid ini pada 24 Oktober 2003. Kos keseluruhan pembinaan masjid ini ialah RM5.4juta. RM2.9 juta kos ditanggung oleh pihak pemaju MKLand dan RM2.5 juta adalah peruntukan Kerajaan Negeri Selangor. RM2.5 juta ini ditolak dari bayaran premium tanah syarikat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Majlis Perasmian Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada Hari Jumaat 1 Oktober 2004. Nama Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai diperkenan oleh Baginda Sultan Selangor.

Kuliah Bulan November 2008

Jadual Kuliah Maghrib dan Suboh Masjid Al-Muhtadin Damansara Damai Bulan November 2008;

01 Nov - Us.Rojihan Umum Kuliah Maghrib
02 Nov - Us.Irwan Umum Kuliah Suboh
02 Nov - Dato Ismail Kamus Kuliah Maghrib
03 Nov - Us.Mohd Karim Ibrahim Risalah Tauhid
04 Nov - perbincangan anak kariah
05 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
06 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
07 Nov - Us.Hadi Talha Fiqh Jinayat
08 Nov - Perbincangan anak kariah
09 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
09 Nov - Us.Hairul Haji&Umrah
10 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
11 Nov - Us.Malek Mohamad Munyatul Musolli
12 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
13 Nov - Bacaan Surah Al-Kahfi
14 Nov - Us.Shamsul Tasauf
15 Nov - Perbincangan Anak Kariah
16 Nov - Us.Nizam Kadir Umum Kuliah Suboh
16 Nov - Us.Osman Al-Quran&Sains
17 Nov - Us.Azrul Sirah Nabawiyyah
18 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid
19 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
20 Nov - Us.Ridzuan Md Nor Fiqhussyirah
21 Nov - Us.Ahmad Kamal Hadith Qudsi
22 Nov - Perbincangan Anak Kariah
23 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
23 Nov - Us.Hj Md Noor Umum
24 Nov - Us.Nidzam Soaljawab Feqah
25 Nov - Us.Hj Fadil Md Nor Talaqi&Tajwid
26 Nov - Dr.Zahazan Mohamed 300 Hadith
27 Nov - Bacaan Surah Yaasin & Tahlil
28 Nov - Perbincangan Anak Kariah
29 Nov - Us.Nizam Kamaruzaman Umum
30 Nov - Jemputan Kuliah Suboh
30 Nov - Us.Mohd Karim Risalah Tauhid

** Dijemput Hadir beramai-ramai mengimarahkan Al-Muhtadin. Ambil kesempatan mengumpul Ilmu sebanyak mungkin ketika KITA diberi peluang seluasnya. Semoga Allah s.w.t terus bersama Kerajaan Rakyat.

Kuliah & Khatib Jumaat January 2009

M1 - 02 Jan - Hj.Mustaffa Kamal Abu Bakar (Imam 2)
M2 - 09 Jan - (Jemputan)
M3 - 16 Nov - Hj.Fadil Md Noor (Imam 1)
M4 - 23 Nov - Dr.Hj Zahazan Mohamed ( Nazir )
M5 - 30 Jan - (Jemputan)

Amanah

Amanah
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.(an nisaa' : 4)

Tuesday, January 27, 2009

Pesan Buat Muslimat

30 Larangan Untuk Wanita

Renungan buat semua.....
Bukankah semua ini banyak berlaku saban hari disekeliling kita.

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahramnya
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suaminya
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun ,bomoh dan peramal
25. Menyumpah seranah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jirannya
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Semoga ada penyesalan atas segala perbuatan kita.....

Monday, December 15, 2008

Peliknya Seni : Toyism

Toyism Satu Aliran Baru Di Malaysia

Cuba lihat lukisan ini..... jika anda tak tau seni memang amat tidak bernilai tetapi harga sebenar dipasaran Eropah ialah RM beribu2 ringgit.Ana juga mula-mula melihatnya seperti tiada apa yang istimewa.....Tapi....Inilah aliran baru anak seni...
Kisah "toyism" ini pernah disiarkan dalam akhbar harian dan juga liputan di stesen TV negara kita.
Berita selanjutnya disini...

Sunday, December 14, 2008

Coklat Cloud .... Classic

"Kisah Classic Coklat Cloud"
Selepas solat Jumaat Pak Megat ( siak masjid ) jumpa ana menyampaikan rasa geramnya.Beliau memaklumkan anaknya makan coklat yang ada kaca.Katanya beliau beli coklat tersebut satu pek besar di Pasaraya Besar Giant Kota D..... yang baru buka!!!!.Pak Megat minta pendapat macam mana nak buat tindakan seterusnya kerana beliau dah ke hospital dan juga buat laporan polis.Ana terus call beberapa orang rakan dan lanjutan itu ana bincang dengan Lawyer Fadzil dan memaklumkan kes ini.Insyaallah tindakan seterusnya akan menyusul....
Ini petikan dari web www.malaysiakini .com

Gadis tertelan kaca dalam coklat

Seorang remaja perempuan nyaris tercekik apabila beliau tertelan kaca yang terkandung di dalam coklat yang dimakan di rumahnya di Damansara Damai dekat sini semalam.Mangsa Nurul Huda Megat Ahmad, 17, berkata kejadian pada pukul 8 malam itu bermula apabila tekaknya terasa pedih dan sakit selepas beliau memakan sebungkus daripada sepaket coklat yang dibeli di sebuah pasaraya berhampiran rumahnya, Sabtu lepas.
"Mula-mula makan (coklat), saya terasa sesuatu benda asing seperti pasir namun saya tetap juga makan coklat tersebut."Apabila tekak saya terasa sakit, saya tengok kembali baki coklat yang ada dan tak sangka ada kaca yang panjangnya bersaiz ibu jari dalam bungkusan coklat itu," katanya, lapor Bernama, di Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.
Setelah menyedari beliau tertelan serpihan kaca, Nurul Huda yang ditemani bapanya kemudiannya bergegas ke klinik berhampiran bagi mendapatkan rawatan.Bapa mangsa Megat Ahmad Megat Khalid, 55, berkata beliau dan anaknya ke klinik berhampiran pada pukul 10.30 malam untuk mendapatkan rawatan."Doktor klinik itu kemudian menyuruh kami ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan susulan apabila pemeriksaan X-Ray mendapati ada 'sesuatu' di tekak anak saya."Bagaimanapun, serpihan kaca itu telah masuk ke dalam (perut) Nurul Huda dan hanya akan keluar apabila dia membuang air besar," Megat Ahmad dipetik berkata.Megat Ahmad berkata tekak Nurul Huda kini sudah mula pulih dan beliau berharap serpihan kaca itu tidak akan mengganggu sistem saluran usus anaknya.
Katanya beliau telah membuat laporan polis dan akan membuat keputusan kemudian sama ada untuk mengambil tindakan undang-undang."Saya telah buat dua laporan polis, satu di balai polis Sungai Buloh awal pagi tadi dan satu lagi di pondok polis Hospital Sungai Buloh pukul 12.30 tengah hari ini."Sebagai pengguna saya nak perkara ini disiasat agar tiada pihak lain yang menjadi mangsa," kata Megat Ahmad, lapor agensi berita itu lagi.Ketua polis daerah Gombak ACP Rahim Abdullah mengesahkan laporan tersebut.
Lagi berita anak Pak Megat ada disiarkan dalam akhbar Sinar Harian Edisi Selangor 13 Disember 2008....

Monday, December 8, 2008

Salam Eidul Adha

Eidul Adha 10 Zulhijjah 1429H
Umat Islam merayakan Eidul Adha atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Haji semalam Isnin 10 Zulhijjah 1429H. Binatang-binatang ternak khasnya lembu dan kerbau banyak ditumbang dan dikorbankan di Malaysia sejurus selesai solat Eidul Adha di masjid dan surau masing-masing semalam dan seterusnya 2 hari mendatang ini.Disaat seumpama ini, alangkah baik kiranya kita merenung kembali kisah Nabi Ibrahim a.s dan putranya Ismail a.s, yang memungkinkan kita meraya dan melaksanakan ibadah ini.

Bayangkan betapa beratnya suruhan yang diperintahkan oleh Allah swt ke atas Ibrahim iaitu mengorbankan anak kesayangannya Ismail, yang merupakan satu-satunya zuriat keturunannya ketika itu. Dan kerana ia perintah Allah, maka ia wajib dilaksana tanpa tangguh dan lengah.

Kita di sini sebenarnya biasa dengan istilah korban ini dan saya kira yang paling lazim disebut adalah: “Berkorban untuk agama, bangsa dan negara”, Berkorban untuk tanahair dan ibu pertiwi” dan pada yang romantis “Berkorban apa sahaja, harta ataupun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia”.
Tidak pernah berkorban anak tercinta untuk Allah terlintas dibenak fikiran sesiapa pun kecuali mengingati apa yang berlaku ke atas Nabi Allah Ibrahim dan Ismail.Kita akui perintah Allah ke atas Nabi Ibrahim itu terlalu berat dan mungkin mustahil dilakukan oleh manusia dizaman kita walaupun ia perintah Allah, tetapi disitulah sepatutnya kita mengambil iktibar, pengajaran dan menanam kefahaman tentang komitmen yang diperlukan oleh Allah swt terhadap kita hamba-hamba Nya ini.Dan kita semua ketahui kesudahan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim itu apabila Allah berpuas hati dengan kesungguhan dan komitmen hambanya bernama Ibrahim, lalu disudahi dengan kesudahan yang melegakan dan memberi kebahagian kepada Ibrahim dan keluarganya serta mungkin juga kita anak cucunya, dengan syarat kita juga bersedia menyerahkan komitmen yang serupa.

Allah swt berfirman:Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian: "Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.(as Saafat 108-111)
Eidul Adha kali ini marilah kita sama-sama bermuhasabah, sejauh manakah komitmen korban kita. Sejauh manakah kesediaan kita meletakkan kepentingan Allah swt mengatasi kepentingan dunia dan segala isinya? Sanggupkah kita mengorbankan harta-benada dan nyawa untik agama Allah swt? Apakah sumbangan kita ke arah memartabatkan tuntutan Allah dan rasul Nya saw?Kebanyakkan kita (kecuali yang berada di Tanah Suci) akan sibuk membantu kerja-kerja penyembelihan binatang ternakan di masjid dan surau-surau seluruh negara. Melapah dan memotong-motong serta membahagi daging-daging korban. Ada juga akan menghirup dan memamah sup dan daging korban. Tidak kurang akan berkunjung rumah ke rumah sempena hari kebesaran ini.
Jangan lupa akan korban yang dituntut dari kita oleh Allah swt.Ibrahim sanggup menyembelih anaknya lantaran mematuhi dan menjunjung perintah Allah swt, bagaimana dengan kita? Tiada siapa pun dari kalangan umat Muhammad saw ini yang diperintahkan agar menyembelih anak mereka. Apa yang dituntut dari kita adalah menegak dan melaksanakan Islam sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah swt melalui Rasul Nya Muhammad saw.

Berkorban lah kita apa sekalipun dengan penuh komitmen dan kesungguhan sehingga Islam menjadi rahmat kepada sekalian umat manusia.Memang tampak berat pengorbanan itu, tetapi tidakkah menyembelih anak sendiri itu lebih berat?Sementara itu sekadar untuk berkongsi maklumat, sesungguhnya penganut agama Kristian juga mengiktiraf peristiwa korban yang melibatkan Nabi Ibrahim as ini. Kecualinya yang dikorbankan menurut fahaman mereka bukannya Ismail tetapi Ishak. Dan ia berlaku bukannya di Mekah tetapi di Baitul Maqdis.Di dalam kitab Perjanjian Lama (Old Testament) disebut bahawa Ibrahim diperintah mengorbankan Ishak dengan cara disembelih dan dibakar (burnt offering).Kerana menurut kepercayaan Kristian Ishak lahir dahulu diikuti Ismail sedangkan menurut Islam selepas dilahirkan Ismail melalui Siti Hajar barulah diikuti Ishak yang dikurniakan melalui Siti Sarah.Apa pun sebagai umat Islam, bersyukurlah dengan kebenaran yang ada sebagaimana yang kita warisi dari al Quran, dan titipkanlah komitmen kita menjelang Eidul Adha ini untuk rela dan redha berkorban sehingga Islam berjaya dizaman kita, insyallah.
Ibadah Korban Damansara Damai

Kepada semua anak kariah tahniah,syabas dan terima kasih kerana telah bersama-sama dalam urusan Korban pada tahun ini.Semuga ibadah ini dapat diteruskan pada masa akan datang.Kepimpinan baru masjid benar-benar komited untuk mengurus dan mentadbir masjid dengan sebaik mungkin.
Semalam juga anak kariah dapat melihat sendiri bahawa dikalangan kita sebenarnya ramai yang berpotensi sebagai tukang sembelih.Terima kasih kepada Us.Dr Zahazan Mohamed,Us.Hj Mohd Fadil,Us.Mustaffa Kamal dan En.Bakri yang telah bertungkus lumus dalam suasana hujan.

Untuk catatan anak kariah,semalam majlis Korban berlangsung dibeberapa tempat agar agihan lebih menyeluruh;
1. Masjid Al-Muhtadin - 10 ekor lembu, 1 ekor kambing ( buat julung kalinya )
2. Blok H Idaman bersama Surau Khalifah Umar Abdul Aziz - 2 ekor lembu, 2 ekor kambing
3. Blok R Idaman bersama Surau Khalifah Umar Abdul Aziz - 2 ekor lembu
4. Surau Al-Huda Apt.Impian - 2 ekor lembu
Selamat Hari Raya Eidul Adha kepada semua.
Sekali lagi.... terima kasih kepada semua petugas.

Sunday, December 7, 2008

Bukit "Popular" Antarabangsa

Tragedi Highland Tower.....Mana Iktibarnya??
BIASALAH manusia (khususnya orang kita) bila terkena baru hendak mengadah. Suka berubat daripada mencegah. Suka berlengah dan membuang masa! Bila berlaku sesuatu tragedi macam-macam komen, janji, tekad dan arahan dibuat agar ianya tidak berulang kembali. Semuanya bagaikan tahi ayam saja, hangat beberapa minit lepas itu terus sejuk dan menjadi hapak dan hampas!!.

Barangkali ini sikap semula jadi makhluk bernama manusia, bahawa selalu lupa dan bertindak melewati batas. Kalau tidak masakan Allah s.w.t. menekan dan mengulangi peringatan demi peringatanNya kepada manusia, namun mereka juga tetap lupa.

Surat As-Ashr Demi Masa adalah gambar sebenar bagaimana liatnya manusia dalam mematuhi arahan Tuhan dan berwaspada dengan janj-janjiNya. Manusia dalam kealpaan dan kerugian!
Apabila berlakunya tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang kelmarin yang meragut empat nyawa setakat ini dan kemusnahan jutaan ringgit harta benda, kita jadi seperti baru tersedar dari tidur yang lena.

Selepas semuanya menjadi malapetaka,barulah kita gopah gapah mahu kembali kepada realiti dan hakikat dan ingin membuat persediaan atau baru menyesal sedangkan kemusnahan dan maut sudah pun meragut jiwa manusia. Lalu kita pun bercakap dan bercakaplah, bertutur dan bertuturlah begitu dan begini. Resolusi pun dicari untuk mengatasinya. Semua pihak dan individu turut bercakap dan memberi pandangan penyelesaian dari orang biasa sampailah kepada Perdana Menteri. Semuanya seperti bersedia ingin perbetulkan keadaan.

Lagak itu sepertilah seorang budak kecil mahu menyusun kaca yang sudah pecah dan hancur. Seharusnya dia berhati-hati dan mengambil sikap menjaga sekeping cermin berharga itu disimpan di tempat paling selamat agar menjamin ianya tidak hancur berkecai.

Selalunya juga bila berlaku tragedi malang seperti itu maka kita pun saling tunding menunding anara satu sama lain. Dalam hal ini pihak berkuasalah dijadikan mangsa walhal sebelum ini amaran dan nasihat sudah pun diberikan. Peringatan demi peringatan sudah dikeluarkan. Sudah berbuih mulut pakar bumi dan alam sekitar memperihalkan keadaan dan kemungkinan yang boleh terjadi. Tetapi kerana manusia ini sering diamuk amarah, ingin melebih dan lagak tinggi, tamak dan tidak pernah bersyukur dengan nikmat Tuhan, maka berlaku apa yang selalu berlaku itu.
Sebenarnya tidak ada siapa yang bersalah atau tidak bersalah dalam hal ini, termasuk apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa itu. Semua manusia harus bertanggungjawab dan menerima akibatnya. Setiap dari kita kena sentiasa memikirkan risikonya. Tuhan membina alam maya ini dengan cantik dan indah untuk kegunaan manusia. Yang mengkhianat dan memusnahkan adalah manusia sendiri. Kita!

Tuhan tidak pernah mungkir dan tidak akan mungkir! Tuhan akan memenuhi apa yang manusia kehendaki! Tidak kira baik atau buruk. Di sinilah sifat Allah, Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Tegasnya yang memusnahkan dunia ialah manusia sendiri, manusia yang tidak insaf, termasuk apa yang berlaku di Bukit Antarabangsa itu.

Kita perhatikan apa yang sudah, sedang dilakukan dan apa yang ada dalam kepala kita! Kita sedang merancangkan sesuatu yang bersalahan dengan fitrah alam dan fitrah kehidupan kita sendiri. Renung dan masuklah ke dalam diri, jawabnya sudah lama ada terdampar di sanubari kita. Kadang-kadang kita berbohong kepada diri sendiri.

Peringatan Allah dalam surat Ar Ruum, ayat 41 menjelaskan segalanya dan kita tidak perlu menyesal sebaliknya kita perlu insaf.
"Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagiaan dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).- Surah Ar Ruum: 41

Begitulah peringatan Allah. Jadi kita tidak perlu menyesal dan menyalahkan kepada sesiapapun melainkan diri kita sendiri. Berjanji dan bertaubatlah tidak mengkhianti perintah Tuhan lagi. Cuma untuk menenangkan perasaan, menghindari akan berulangnya tragedi yang sama, kita perlu mengambil kejadian itu sebagai hikmah. Ada rahsia dan maksud Tuhan disebalik kejadian itu. Tidak sia-sia Tuhan mentadkirkan sesuatu baik yang menggembira dan mengazabkan. Oleh itu jika kita mengguna manfaatnya kita akan selamat dan akan ditambah rahmat.

Hikmahnya, kita perlu jadikan iktibar, panduan dan sempadan dalam kehidupan. Tujuannya bagi mengelakkan kemusnahan yang lebih teruk lagi. Dan apa yang berlaku itu kita jangan kufur dan menyalahkan Allah kerana bahawasanya Allah sudah tegaskan;

"Lalu orang-orang yang zalim mengganti perintah dengan (mengerjakan) yang tidak diperintahkan kepada mereka. Sebab itu, Kami timpakan atas orang-orang yang zalim itu siksa dari langit, karena mereka berbuat fasik." - Surah Al Baqarah: 59. Ditegaskan lagi dalam surah Asy-Syura:30; "Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh tanganmu sendiri."

Jadi berhubung dengan tragedi di Bukit Antarabangsa ini dan kejadian seumpama dengannya tidak payahlah kita menepuk dada dan bertanyakan selera lagi, tetapi kita kena sama-sama mengakui bahawa kita telah bersalah. Tahziah dan didoakan semoga diberikan Allah kekuatan iman kepada semua yang terlibat dengan tragedi itu!

Sunday, November 30, 2008

Panggilan Haji

Selamat Berangkat Ke Tanah Suci Mekkah

Tarikh 24 Disember 2008 merupakan satu catatan manis buat Bondaku tersayang.Selamat menunaikan haji Khas Buat Bonda tersayang Pn.Zainah bt Sidek.Kami seluruh keluarga mendoakan semoga bonda sihat sentiasa disana agar dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan lancar seterusnya mendapat Haji yang Mabrur.Bondaku berangkat ke tanah suci bersama adinda tersayang Ustaz Azrul Hakim.Kepada semua jemaah haji Malaysia semoga selamat pergi,selamat menjalani ibadat haji dan selamat kembali ke tanah air...Insyaallah Suasana di Komplek Haji Kelana Jaya pada 24 Disember 2008 jam 3.00pagi.Para jemaah mula mendaftar masuk dan akan bertolak ke KLIA pada jam 5.00pagi dan seterusnya akan berlepas dengan penerbangan jam 7.00pagi.
Bagi kita di Malaysia.....
KUALA LUMPUR, 27 Nov :-Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah hari Khamis mengisytiharkan Hari Raya Aidiladha bagi seluruh Malaysia ditetapkan Isnin, 8 Dis."Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijjah, 1429 Hijrah ialah pada 29 Nov 2008 Masihi."Oleh yang demikian Hari Raya Qurban (10 Zulhijjah) bagi seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 8 Dis," menurut kenyataan pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia.
Blogger Al-Muhtadeen Online mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua pengunjung laman blog ini dan dengan tulus ikhlas maaf zahir batin.

Update Program: Gotong Royong

Program Amal Kolej Kejururawatan

Pada 24 Disember 2008 yang lalu satu program gotong royong Masjid Al-Muhtadin bersama Kolej Kejururawatan Hospital Sg.Buloh telah diadakan.Kumpulan pelajar ini telah sudi mengadakan program amal ini di Masjid Al-Muhtadin dan kehadiran seramai 50 orang pelajar lelaki dan perempuan serta berbagai bangsa.
Terima kasih kepada penyelaras program yang telah memilih Masjid Al-Muhtadin.Insyaallah datanglah selalu dan kami amat mengalu-alukan kehadiran anda.
Sila tengok beberapa foto sebagai kenangan.Minta maaf la pasal foto tengah buat kerja gotong royong tak ada kerana cameraman sampai dah time makan tengahari....



Terima kasih semua kerana program amal ini.Jemaah tiada yang hadir kerana program ini berlangsung pada hari Isnin iaitu hari bekerja.Kelihatan dalam foto ialah beberapa orang AJK Muslimat dan Pegawai Masjid Al-Muhtadin.Jumpa lagi dilain waktu.